Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan.
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh
guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid
berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian
boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam
sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu
aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan
pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma.
Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik,
aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat
mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat
institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik
darjah. Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai PMR, SPM,
STPM dalam sebagainya.
Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental.
Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak
mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah
ujian ini bermula sejak tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada
tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta
pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut
terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu
Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.
Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak
menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan pengalaman pada peringkat
kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang
potensi yang ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap
kali digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi
pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala
Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.
Ujian Prestasi
Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat
beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang
diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang
diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat
personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang
dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam
konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik’.
Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia
perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan sebaliknya
boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya.
Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit.
Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan
kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan
semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan,
peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri
menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.
Ujian Diagnostik
Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau
masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan
punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini
bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal
pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila
sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan
memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.
Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian
tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk
memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa
pengajaran dan pembelajaran masih berjalan bukan pada akhir proses pengajaran
dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam
bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil
yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai
sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai
bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf
dan menyebut huruf.
Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventory, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa
Ujian
Kecekapan
Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru
untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam
melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini
melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan
radas serta tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas
melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti ujian pada
peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan perkataan
dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan lengkap daripada
potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan
radas tertentu.
Ujian Bakat
Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat
telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan
istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian
bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang
berasaskan kajian secara besar-besaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang
dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian
bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan
tertentu.
Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat
asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya
digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke
program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat seperti
ujian kemasukan ke maktab perguruan (UKELP). Ujian ini juga digunakan bagi
tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon
atau individu.
Ujian
Personaliti
Ujian
personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti,
tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur
melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori,
indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey
Temperament.
sila berikan pandangan tentang templates yang kami gunakan.Tq
ReplyDelete